Popular Posts

Friday 18 October 2013

PILIH PILIH PILIH..NAIB PRESIDEN--isasamad world fan club

Hari ini adalah hari penentuan untuk semua perwakilan.Semoga calon Naib Presiden membawa kepada perubahan besar di dalam UMNO.Tujuan Tan Sri Isa Samad kini adalah untuk membantu Presiden dan UMNO untuk menghadapi pilihanraya ke 14 nanti.Perjuangan yang suci serta prinsip UMNO harus berada di perwakilan yang akan memilih terutamanya mereka yang setia kepada parti.
Semoga hari ini memberi satu impak yang besar kepada parti dan keseimbangan antara calon yang berpengalaman serta lama di dalam UMNO seperti Tan Sri Isa Samad akan memberi satu tonik baru kepada UMNO..Pilihlah calon ini untuk rakyat Malaysia..Terima Kasih atas sokongan anda kepada ISASAMAD WORLD selama ini,Selamat Bersidang

Isa yakin masih popular-KOSMO


APAKAH yang menyebabkan Tan Sri begitu bersemangat untuk bertanding dalam pemilihan kali ini?
ISA SAMAD: Seperti yang pernah saya sebutkan sebelum ini, antara faktor utama saya menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden adalah untuk membantu parti, bantu Presiden, Timbalan Presiden bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.
Apakah kelebihan Tan Sri berbanding calon-calon lain? Kenapa perwakilan perlu pilih Tan Sri?
Saya bertanding berdasarkan pengalaman sebagai orang lama dalam parti. Sebenarnya orang lama dalam parti tidak ramai yang memegang jawatan.
Saya kira lebih kurang enam orang, iaitu Tengku Razaleigh Hamzah yang dianggap sebagai super super senior, dan di bawahnya adalah di peringkat saya, iaitu Datuk Seri Najib, Tan Sri Muhyidin, Datuk Seri Nazri Aziz, saya, dan juga Tan Sri Shahrir Samad. Kumpulan ini yang masih memegang jawatan sebagai wakil rakyat.
Daripada lima hingga enam orang ini, Tengku Razaleigh tidak bertanding apa-apa jawatan kali ini, Najib dan Muhyidin sudah jadi Presiden dan Timbalan Presiden, manakala Nazri dan Shahrir tidak mahu bertanding. Jadi, saya fikirkan, saya bertanding sebagai mewakili orang lama dalam parti. Saya boleh jadi pengimbang, boleh jadi pembantu dan penasihat.
Adakah Tan Sri sudah survei populariti sebelum umum nak bertanding dan apakah Tan Sri ada peluang untuk menang?
Saya fikir peluang nak memenangi jawatan ini lebih kurang sama. Saya pula sudah biasa menang dan biasa kalah. Tambahan pula kini, yang memilih berkali ganda ramainya daripada masa-masa lepas. Daripada lebih kurang 3,000 orang kepada 146,500 perwakilan, ini satu angka yang besar dan terserah kepada perwakilan membuat keputusan.
Kalau menang apa yang Tan Sri mahu lakukan?
Pertama, saya akan bersama-sama Presiden, Timbalan dan rakan-rakan Naib Presiden. Ini kerana calon yang menang jawatan Naib Presiden UMNO akan menjalankan kuasa pengurusan yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden, tiga Naib Presiden, Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri. Kita merangka strategi dan melaksanakan apa yang diputuskan oleh Majlis Tertinggi. Jadi saya ingin bersama-sama kumpulan itu untuk memberikan pandangan, pendapat dan sebagainya.
Dalam blog, akhbar dan perbualan, nama seperti Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, Datuk Seri Shafie Apdal disebut-sebut. Sekali-sekala sahaja nama Tan Sri muncul. Apakah komen Tan Sri?
Bagi saya tiada masalah. Saya pernah lawan Pasukan Wawasan pada tahun 1993 dan satu berita pun mengenai saya tidak keluar di akhbar dan televisyen kerana saya menentang pasukan itu. Tetapi saya masih mendapat undi yang banyak dan cuma kalah dengan perbezaan 42 undi.
Ada juga kita dengar cerita mengenai body language Presiden parti yang dikatakan lebih selesa dengan tiga Naib Presiden sedia ada?
Mana tahu Naib Presiden yang baharu nanti lebih selesa berganding dengannya. Bagi saya, saya tidak fikir Presiden mempunyai pandangan yang sedemikian. Tetapi kalau ada yang mengatakan Presiden lebih selesa dengan yang sedia ada, tidak tahulah. Mungkin ketika saya masuk, dia lebih selesa dengan saya pula. Keadaan akan menentukan.
Bercakap tentang agenda memperkasakan orang Melayu, kini UMNO dilabel sebagai lesu dan tidak bermaya. Andai menang, ke arah mana Tan Sri hendak bawa agenda ini?
Kebanyakan perkara yang dicapai oleh orang Melayu hari ini boleh dikatakan semuanya dibantu oleh UMNO menerusi kerajaan. Kecualilah mereka tidak bersyukur atau mahu menidakkan usaha UMNO itu dengan memberikan pelbagai alasan seperti ‘siapa perintah pun sama, ini bukan duit UMNO tapi duit kerajaan dan sebagainya’. Tetapi akhirnya kita tahu bahawa dasar UMNO yang mengepalai kerajaanlah yang membolehkan orang Melayu menerima hak-hak mereka. Hari ini pun, perjuangan UMNO tidak lari, cuma pendekatannya berbeza.

Thursday 17 October 2013

UMNO catat sejarah: 146,000 akar umbi pilih pimpinan tertinggi esok


KUALA LUMPUR 18 Okt. - Kesinambungan langkah transformasi UMNO diteruskan apabila buat julung kalinya kira-kira 146,000 anggota akar umbi akan menentukan saf kepimpinan tertinggi parti dalam pemilihan esok.
Tarikan pastinya tertumpu kepada siapa yang bakal memenuhi barisan kepimpinan utama parti untuk bergandingan dengan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telahpun menang tanpa bertanding.
Juga penting, pemilihan serentak di seluruh 191 bahagian UMNO itu juga akan menentukan teraju kepimpinan parti di peringkat bahagian sebagai tonggak pergerakan UMNO di peringkat akar umbi.
Ini merupakan kali pertama anggota akar umbi diberi suara lebih besar dalam pemilihan Umno berikutan pindaan Perlembagaan parti pada 2009 ke arah pemilihan lebih terbuka dan telus melalui sistem "electoral college", di samping bertujuan membasmi gejala politik wang.
Sebelum ini, nasib pemimpin parti pusat hanya ditentukan kira-kira 2,500 perwakilan di perhimpunan agung parti sahaja.
Bagi memenuhi carta Majlis Tertinggi, sebanyak 71 orang calon akan bertanding merebut 29 kerusi jawatan yang dipertandingkan iaitu Timbalan Pengerusi Tetap (tiga calon), Naib Presiden (enam) dan anggota Majlis Tertinggi (62).
Esok tumpuan pasti kepada enam calon naib presiden iaitu tiga penyandang, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Shafie Apdal akan berdepan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.
Ramai yang mahu melihat adakah 'pakej' Hishammuddin, Ahmad Zahid dan Shafie masih mampu mengekal kedudukan, tidak kurang yang mencongak gabungan baharu akan terbentuk dengan Mukhriz yang dikatakan sebagai calon 'pilihan' dalam kalangan tiga pencabar tersebut.
Tidak kurang menariknya pertandingan merebut kerusi MT yang menyaksikan pencalonan 62 orang, gabungan muka baharu dan lama untuk menempatkan diri memenuhi 25 kerusi yang dipertandingkan.
Bagi jawatan itu, tiga pemimpin tertinggi negeri iaitu Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron dan Menteri Besar Perlis, Azlan Man menawarkan diri untuk bertanding.
Turut bertanding lapan menteri iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Datuk Seri Shahidan Kassim; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahalan; dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek.
Selain itu, empat timbalan menteri turut disenarai sebagai calon MT iaitu Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim; Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohd Sadique.
Beberapa penyandang MT turut mempertahankan kerusi masing-masing termasuk Datuk Nong Chik Raja Zainal Abidin, Datuk Musa Sheikh Fadzir, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Dr Mohd Puad Zarkashi, Datuk Seri Jamaludin Mohd Jarjis, Datuk Bung Moktar Radin, Datuk Abd Latiff Ahmad, Datuk Dr Norraesah Mohamad dan Datuk Saifuddin Abdullah.
Beberapa nama besar yang menawar diri termasuk Tan Sri Annuar Musa, Datuk Seri Azalina Othman Said, Tun Faisal Ismail Aziz manakala kemunculan semula Tan Sri Rahim Tamby Chik dan Datuk Seri Dr Siti Zaharah Sulaiman turut mencuri perhatian sama ada mereka mampu menggugat peluang calon-calon lain.
Pemilihan esok juga akan menyaksikan pertemuan tiga penjuru bagi merebut jawatan timbalan pengerusi tetap yang disandang Datuk Mohamad Aziz, dengan pencabarnya Ahmad Fariz Abdullah dan Datuk Abd Rahman Palil.
Jawatan Pengerusi Tetap yang disandang Tan Sri Badruddin Amiruldin sebelum ini telah diumum menang tanpa bertanding.
Setakat ini ibu pejabat UMNO belum memberi sebarang tempoh bila keputusan pemilihan akan diumumkan. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/UMNO_2013/20131018/um_18/UMNO-catat-sejarah-146000-akar-umbi-pilih-pimpinan-tertinggi-esok#ixzz2i3M7seAN
© Utusan Melayu (M) Bhd 

SIAPA YANG LAYAK UNTUK NAIB PRESIDEN?


Ya, jawatan ini harus dipertandingkan, tidak semestinya kita harus mengekalkan ketiga-tiga naib presiden sekarang, Zahid, Shafie Apdal dan Hishammuddin jangan berasa selesa dan sekarang mereka juga goyang dan dah mula speed untuk PROJEK PISTOL TIGA SERANGKAI.Jawatan ini penting kerana sekiranya apa apa berlaku kepada Presiden atau Timbalan Presiden, maka peluang orang yang menjadi Naib Presiden untuk melompat ke jawatan tertinggi amat lah cerah.

Salah seorang pemimpin veteran yang mahu mencuba nasib merebut kerusi Naib Presiden ialah Tan Sri Isa Samad.Beliau adalah pemimpin veteran yang mempunyai pengalaman yang amat luas dan pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun.Boleh dikatakan dibawah kepimpinannya, UMNO dan BN kuat dan sukar pihak pembangkang untuk menambah kerusi dalam DUN. Beliau dilahirkan di Melaka pada 14 April 1948. Mendapat pendidikan di sekolah kebangsaan , sekolah menengah Alam Shah dan Universiti Malaya mendapat ijazah dalam bidang kesusasteraan(kepujian) dan pernah menjadi guru di Sekolah Menengah Dato' Abdul Razak Seremban.Pada tahun 1978 beliau bertanding untuk kerusi DUN Linggi,beliau menang dan dilantik menjadi exco.

Isa pemimpin yang bercita-cita tinggi dan tidak pernah berputus asa di dalam perjuangan.Beliau tidak kenal erti kegagalan  dan bukanlah menjadi penghalang selagi kejayaan tidak tercapai.Tuah Isa tetap ada....apatah lagi kini beliau merupakan ahli korporat yang terkemuka.

Jangan pinggirkan golongan veteran

MUKHRIZ Mahathir dan Mohd. Isa Abdul Samad ditemu bual oleh pengacara, Dahlan Maamor dalam rancangan Ruang Bicara terbitan BernamaTV di Wisma Bernama, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA
KUALA LUMPUR 16 Okt. - Veteran UMNO tidak harus dipinggirkan kerana mereka mempunyai kebolehan dan pengalaman untuk menterjemah sesuatu dasar kepada maklumat yang mudah difahami masyarakat, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.
Mukhriz yang juga calon Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti itu Sabtu ini, berkata, walaupun sudah ada agenda penting untuk meremajakan parti, itu tidak sama sekali bermaksud golongan veteran harus diketepikan.
"Pengalaman orang lama yang kita nampak jauh melebihi orang muda khususnya dalam soal terjemahkan dasar dan strategi, macam mana nak sampaikan maklumat kepada orang ramai.
"Dalam soal ini, orang muda yang kurang berpengalaman mungkin ada strategi dan idea tapi nak sampaikan kadang-kadang orang tak faham. Di sinilah perlunya untuk kita merujuk kepada golongan berpengalaman," katanya ketika ditemu bual dalam rancangan Ruang Bicara BernamaTV di Wisma Bernama, di sini semalam.
Turut ditemu bual dalam rancangan itu ialah seorang lagi calon Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang juga Pengerusi Felda.
Sependapat dengan Mukhriz, Mohd. Isa menjelaskan bahawa meremajakan parti bukan bermaksud memastikan hanya golongan muda yang harus diberi mandat untuk memimpin tetapi lebih kepada memastikan golongan itu mudah diterima masuk dalam UMNO.
Katanya, walaupun golongan muda dianggap penting kerana mereka pelapis parti, hakikatnya masih ramai veteran yang bukan sahaja setia kepada UMNO malah masih layak mengundi kepimpinan parti itu.
"Bila ramai orang muda, (itu bererti) kita tidak akan ketandusan pelapis... kerana itu, dalam UMNO dari dahulu memang kita tak ketandusan pemimpin. Proses melatih kepimpinan UMNO bermula daripada sayap Pemuda.
"Umur macam saya masih ramai yang mengundi...tapi soal meremajakan UMNO bukan bermaksud kita ketepikan yang lama. Meremajakan UMNO ialah meramaikan orang muda sertai parti tanpa sebarang sekatan yang tidak munasabah," katanya.
Isa berkata, memberi peluang kepada golongan muda untuk memimpin bukanlah sesuatu yang baharu dalam UMNO kerana beliau sendiri menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan pada usia 33 tahun manakala Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Menteri Besar Pahang pada usia 29 tahun.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai faktor beliau patut dipilih sebagai Naib Presiden UMNO, Mukhriz berkata, kejayaan besar merampas kembali Kedah daripada pimpinan Pas harus dipertimbang oleh perwakilan UMNO.
Menurutnya, pengalaman beliau dan UMNO Kedah dalam usaha merampas kembali Kedah adalah sesuatu yang tidak harus diperkecilkan dan dengan jawatan Naib Presiden, beliau percaya formula kejayaan itu dapat dikongsi bersama dengan lebih berkesan.
Mohd. Isa pula berpendapat, beliau patut dipilih kerana mahu membantu memupuk keseimbangan antara golongan muda dan veteran dalam kepimpinan UMNO untuk memastikan parti lebih bersifat progresif dan berdaya saing.
Bagaimanapun, kedua-dua tokoh itu bersetuju bahawa dalam persaingan merebut tiga slot Naib Presiden, ia harus dilaksanakan secara sihat dan demokratik. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Umno_2013/20131017/um_02/Jangan-pinggirkan-golongan-veteran#ixzz2hyEsJRWK
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tuesday 15 October 2013

Keseimbangan kepimpinan untuk UMNO progresif - Mukhriz, Isa




KUALA LUMPUR 16 Okt. - Veteran UMNO tidak harus dipinggirkan kerana mereka mempunyai kebolehan dan pengalaman untuk menterjemah sesuatu dasar kepada maklumat yang mudah difahami masyarakat, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir.
Mukhriz yang juga calon Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti itu Sabtu ini berkata, walaupun sudah ada agenda penting untuk meremajakan parti, itu tidak sama sekali bermaksud golongan veteran harus diketepikan.
"Pengalaman orang lama yang kita nampak jauh melebihi orang muda khususnya dalam soal terjemahkan dasar dan strategi, macam mana nak sampaikan maklumat kepada orang ramai.
"Dalam soal ini, orang muda yang kurang berpengalaman mungkin ada strategi dan idea tapi nak sampaikan kadang-kadang orang tak faham. Di sinilah perlunya untuk kita merujuk kepada golongan berpengalaman," katanya ketika ditemu bual dalam rancangan Ruang Bicara BernamaTV di Wisma Bernama di sini semalam.
Turut ditemu bual dalam rancangan itu ialah seorang lagi calon Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang juga pengerusi Felda.
Sependapat dengan Mukhriz, Mohd. Isa menjelaskan, meremajakan parti bukan bermaksud memastikan hanya golongan muda yang harus diberi mandat untuk memimpin tetapi lebih kepada memastikan golongan itu mudah diterima masuk dalam UMNO.
Katanya walaupun golongan muda dianggap penting kerana mereka pelapis parti, hakikatnya masih ramai veteran yang bukan sahaja setia kepada Umno malah masih layak mengundi kepimpinan parti itu.
"Bila ramai orang muda, (itu bererti) kita tidak akan ketandusan pelapis...
kerana itu, dalam UMNO dari dahulu memang kita tak ketandusan pemimpin. Proses melatih kepimpinan Umno bermula daripada sayap Pemuda.
"Umur macam saya masih ramai yang mengundi...tapi soal meremajakan UMNO bukan bermaksud kita ketepikan yang lama. Meremajakan UMNO ialah meramaikan orang muda sertai parti tanpa sebarang sekatan yang tidak munasabah," katanya.
Mohd. Isa berkata, memberi peluang kepada golongan muda untuk memimpin bukanlah sesuatu yang baharu dalam UMNO kerana beliau sendiri menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan pada usia 33 tahun manakala Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Menteri Besar Pahang pada usia 29 tahun.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai faktor beliau patut dipilih sebagai Naib Presiden UMNO, Mukhriz berkata, kejayaan besar merampas kembali Kedah daripada pimpinan Pas harus dipertimbang oleh perwakilan UMNO .
Menurutnya, pengalaman beliau dan UMNO Kedah dalam usaha merampas kembali Kedah adalah sesuatu yang tidak harus diperkecilkan dan dengan jawatan Naib Presiden, beliau percaya formula kejayaan itu dapat dikongsi bersama dengan lebih berkesan.
Mohd Isa pula berpendapat beliau patut dipilih kerana mahu membantu memupuk keseimbangan antara golongan muda dan veteran dalam kepimpinan UMNO untuk memastikan parti lebih bersifat progresif dan berdaya saing.
Bagaimanapun, kedua-dua tokoh itu bersetuju bahawa dalam persaingan merebut tiga slot Naib Presiden, ia harus dilaksanakan secara sihat dan demokratik.
Selain Mukhriz dan Mohd Isa, turut bertanding jawatan itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam selain tiga penyandangnya Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.
Pengundian bagi kepimpinan tertinggi UMNO Pusat dan Bahagian akan dijalankan serentak di 191 Bahagian Sabtu ini dan keputusan dijangka diterima pada hari sama. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Umno_2013/20131016/um_24/Keseimbangan-kepimpinan-untuk-UMNO-progresif---Mukhriz,-Isa#ixzz2hrjdFXpI
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Naib Presiden: Isa janji bantu Presiden, Timbalan jika menang


GUA MUSANG.- Calon Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berjanji akan memikul tugas yang sama beratnya dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin jika dipilih pada Sabtu ini.
"Sebagai seorang yang banyak pengalaman dalam parti, saya akan tetap setia bersama perdana menteri (Najib) dan timbalannya (Muhyiddin) demi pembelaan bangsa Melayu," katanya ketika berucap pada Majlis Jiran Felda di Rancangan Kemajuan Tanah Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Paloh 1 di sini, hari ini.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan, Paloh Datuk Nozula Mat Diah dan Pengurus Besar Wilayah Felda Gua Musang, Che Noh Che Pa.
Mohd. Isa yang juga Pengerusi Felda berkata, beliau bersedia bekerjasama untuk memartabat perjuangan UMNObersama-sama Naib Presiden lain, jika dipilih oleh perwakilan parti.
Dalam pada itu, beliau berjanji akan membawa perubahan lebih besar kepada masyarakat peneroka di Rancangan Tanah Felda seluruh negara selain Kesedar. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Umno_2013/20131014/um_32/Naib-Presiden:-Isa-janji-bantu-Presiden,-Timbalan-jika-menang#ixzz2hrizA8ma
© Utusan Melayu (M) Bhd